Jan 01

Ini merupakan Entry pertama aku bagi tahun 2009. Aku memang takmo buat entry berkaitan tahun baru. Entah arr.. maybe boring kena kerja 1.1.2009 (kat kedah tak cuti). So tengah buring nie aku nak bagitau skit yang 27.12.2008 (tahun lepas da…) aku pertama kali nye menjejak kaki kat Bukit Bendera, Pulau Pinang. Memang sempoi…. Bukit Bendera nie merupakan salah satu agenda cuti aku tahun lepas. Ikutkan jadual asal, aku lepak dengan bro ZaminOmar jer 27hb yang lepas. Oleh kerana bro zam nie bz.. aku pon p la Bukit Bendera nie ngan bini aku. Ape yang best ekk kat Bukit Bendera? Salah 1 yang best nye korang boleh merasa sendiri menaiki keretapi Bukit Bendera.

ermm

More content here. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , , ,

Dec 21

Ermm aku sekarang berada kat seremban. Hehe.. time camnie pon aku  kemaruk nak update blog. Hehe.. Nak buat camne.. buring gak sebenarnya dok umah nie. Tuh yang p cc hapdet blog. Antara xtvt aku kat seremban nie salah satu nya jumpe kengkawan aku di opis lama. Masa nie aku kerja kerajaan. Memang banyak perubahan kat tempat kerja aku. Masa aku lawat (19 hb 12.2008) genapla 1 tahun aku kuar dari sektor kerajaan. Huhu.. Nie ada gambar depa

Geng UPKT

Korang memang still da best.. Hehe…

Malam nye plak aku ada outing shooting gambo dengan kazdo (salah sorang editor tok blog FlipzowBlog). kazdo ngan adik dia datang dari johor. Kami dah set nak shoot malam kat putrajaya (antara impian lama aku nak shooting kat putrajaya nie). Kami menembak dari pukul 11 malam hingga la polis halau kami. Huhu… ingatkan boleh menembak sampai pagi. Memang best la lepak ngan kazdo ngan adik dia. Walaupon minat kami agak berbeza (ye arr dia minat ambik gambar potret aku plak suka gambar pemandangan), banyak gak ilmu yang dapat dikongsi. ermm Korang mesti nak tengok gambor kan aku tembak? Nah tgk dulu beberapa gambar (takde edit sebab pc takde adobe photoshop.. edit guna picture resize genius jerkh)

More content here. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , , ,

Dec 12

Uncle G dengan Sony a200

Ermm.. jenuh gak aku nak menjawab segala persoalan korang mengenai kamera yang aku beli. Seperti yang aku janjikan sebelum nie, aku akan info skit tentang kamera baru aku. Ermmm… Sebenarnya aku dah pon membeli Sony alpha 200 (pakej twin lense + flash). Ramai gak yang terkejut bila tengok kamera aku. Iye arr depa kata Sony tak best. Erkhh.. iye ke tak best? ramai yang lebih mencadangkan aku angkat Nikon D80 atau Canon 450D (Nikon ngan Canon memang musuh ketat). 2 bulan gak sebenarnya aku usha2 kamera nie. Aku dah terai banyak kamera.. yang Canon nye 1000D dengan 450D.. yang Nikon nye D40 ngan D80.. Aku pon ade gak bandingkan preview kat Dpriview.com. Tapi aku tetap pilih Sony a200 nie. Antara sebab aku pilih Sony

  • Harga yang berpatutan (dengan Rm3k aku mampu beli flash dengan 1 spare batery + tripod cap ayam)
  • Kualiti yang stendet ( Jangan arr bandingkan dengan fullframe dslr.. tuh level lain)
  • Ada Image Stabilization kat body kamera (Nikon ngan Canon ada kat lense depa)
  • Tujuan kegunaan kamera nie (Aku beli kamera nie sebab hobi… so aku belum terfikir lagi tok belanjakan banyak duit untuk bidang nie)

Ha… tuh arr antara sebab kenapa aku pilih Sony. Hehe.. Tapi sejak aku ada dslr nie, aku dah mula berjinak2 mengedit raw. Nah.. cuber komen gambo yang aku dah edit nie.. (saya budak baru belajar)

1st time edit raw (click for bingger picture)

More content here. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , ,

Dec 11

Kali nie aku nak ajar korang macam mana nak login ke dalam admin wordpress korang kalau korang terlupa password. Sebenarnya aku buat tutorial nie khas untuk senapang sebab dia dah lupa password wordpress dia. Tapi belum sempat aku siapkan tutorial nie, dia dah pon buat baru blog dia. Nak buat camne ye tak. Tutorial yang aku nak buat nie hanya akan berjaya jika :-

1. Korang ada hosting sendiri atau boleh mengakses phpmyadmin melalui Cpanel

2. Korang tak lupe id dan password Cpanel korang. Kalau korang lupe gak.. sila la kontek korang nye pihak hosting

Kalau ngam.. kita teruskan dengan tutorial sempoi nie. Okeh.. Memula korang login ke dalam Cpanel website/blog korang. Secara default nya http://domainkorang/cpanal (kalau takleh korang refer balik dengan pihak hosting). Lepas login korang masuk plak ke phpMyadmin (kalau tak perasan.. sila rujuk kat gambar dibawah)

Sekarang bile dah masuk ke dalam phpMyAdmin, korang masuk pulak ke database blog korang. (sila tengok contoh). Database tuh korang buat masa memula setup blog. Takkan korang tak perasan kot…

More content here. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: ,

Dec 10

Pada 7.12.2008 buat pertama kali aku lepak2 dengan kawan2 photoskool. Aku dah lama gak join photoskool nie tapi tak ler aktif sangat. Almaklum la.. kat forum tuh ramai sangat otai. Antara yang hadir

  • 1. Aku (Uncle G)
  • 2. AnakMinang
  • 3. Ad
  • 4. ZaminOmar aka azroygila2remaja
  • 5. syamsul_air
  • 6. Isrul
  • 7. Member dari Ipoh.. Lupe name.. otai nie
  • 8. dzaher

Depa semua memang sempoi. Aku nak ucapkan terima kasih arr kerana sudi ngajar kami yang sangat sangat newbie dalam bidang photography nie.. tengkiew bebanyak kat abg Zamin Omar yang ensem dan kacak kerana banyak tip2 yang berguna. Kelam kabut gak kami aku ngan adi aka Anak Minang nak update input dalam kepala otak kami. Ermmm nie aku ada upload skit gambo… still gambo bebudak lagi… layanzzz

More content here. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: ,

Dec 02

Ermm sebenarnya aku agak buntu nak update blog nie. Betui la kata sesetengah orang.. buat blog nie memang pening. Ade banyak gak aku fikirkan sebenarnya.. tapi tak boleh nak tulis sebab aku takkan bagi sebarang info selagi aku sendiri belum buat/alami sendiri.. Antara benda yang aku nak info kan Ubuntu 8.10 (zaz!… ubuntu lagi… ade gak orang boring nie kang) Tapi nak buat camne.. Aku nye Ubuntu 8.10 belum sampei2 lagi kat rumah aku. Heran gak sebab semua kawan2 aku yang request CD Ubuntu tuh dah sampai… Grrrr… Ermm saper yang tolong burnkan kat aku ekk? Burnkan dan postkan kat aku.. Kalau ada, sila email aku…

Agenda aku yang lain BERCUTI. Nie part paling menarik. Sejak aku kawin, susah sangat aku nak bercuti. Sebenarnya aku nie memang suka jalan2 cuci mata, jalan2 cuci otak, jalan2 cuci fikiran korang jangan pk benda lain.. aku nak rehatkan otak je. Dulu kalau aku tensen sangat ngan kerja.. aku akan merayau dan cuti suka2 hati aku. Tapi aku tak pnh lagi la bercuti ke luar negera. Luar negeri ada arr… Aku tak kira.. tahun nie aku tetap nak p bercuti.. walaupon tinggal 1 bulan je lagi

More content here. Continue reading »

written by Uncle G \\ tags: , , , ,

Nov 25

Pergh.. Lama gak aku biarkan blog nie bersawang. Memang bulan nie paling skit aku update blog. Aku lepak blog orang pon skit gak blan nie. Ermm kali nie aku update blog nie aku nak jual barang plak (ada gak aku jual dalam forum). Setelah mendapat persutujuan dari Isteri aku, cadangan aku diluluskan untuk menjual Kamera Canon S5 IS aku nie..

Ermm kamera nie tak sampai pon setahun aku pakai. Keadaan dia pon macam baru. Nie antara spek dia

Equipment Type: Body camera Canon S5 IS + Canon LAH-DC20 Conversion Lens Adapter + SWAT Pro Tele Lens
Equipment Brand: Canon
Equipment Model: Canon Powershoot S5 IS
Date of Purchase: April 2008 (My Birthday Gift)
Price (RM): RM1200.00 (NEGO untill let go) (sudah di jual kepada ad penang)
Method of Payment : COD, Bank In if trust me
Warranty : Personal warranty 1week
Condition : 9/10
Description: Semua aksesori aku masukkan jual sekali (termasuk semua manual masa memula sampai ke rumah aku). Kalau korang tak caya.. korang boleh la datang tengok sendiri di kawasan Sungai Petani -> Penang (kalau boleh aku takmo masuk pulau).

Kalau ada sesiapa berminat, boleh la emailkan ke blogsempoi @ gmail.com atau ym aku unixshare @ yahoo.com

p/s : aku tak pandai sangat mengayat nak jual2 nie. Tapi kalau sesaper bebetul berminat.. boleh ym aku.

hapdet : sesape yang tanya aku pakai kamera ape plak lepas nie.. sila la rujuk sini……………..

written by Uncle G \\ tags: ,

Nov 22

Sebenarnya aku baru je balik ke sungai petani. 3 4 lepas hari aku balik seremban. Sampai sekarang aku masih dalam moody. Masih lagi belum berminat nak jawab komen korang. Maaf la ye. Minggu nie aku emo skit. Orang yang jaga aku kecik2 dulu telah kembali ke rahmatullah. Wan (Nenek) aku telah meninggal. ……………….. Al Fatihah..

p/s: aku masih moody.. malas nak taip banyak. Nanti aku update blog nie dan balas komen korang….

written by Uncle G

Ajax CommentLuv Enabled c91af3f39744699b706895d8ecfa1f1d